credit to Idzni Syahirah .
07 Mei 2011
pertama kali saya kenal awak , saya ingat lagi , masa tu saya tengah try call kawan saya yang ada dekat kl . Saya tersilap number . Tapi saya macam pernah kenal awak , bila ingat-ingat balik , baru saya teringat masa saya tengok kawan saya online facebook dia . Saya tertarik dengan awak tapi saya hanya boleh diamkan diri sahaja . Saya ingin kenal awak dengan lebih dekat jadi saya kenalkan diri saya . Dalam hari yang sama , saya cakap kat awak yang saya suka dekat awak . Awak macam terkejut , saya masih ingat lagi masa awak suruh saya call . Selepas itu , saya call awak dan saya nyanyi dekat awak . Lagu first kita ialah Kangen Band - Yakinlah aku menjemputmu . Awak kata suara saya sedap :) Saya suka dengar awak gelak . Ia membuatkan saya rasa bahagia sangat-sangat . Selepas saya mematikan telefon , awak kata kat saya yang :
I macam jatuh hati laa dekat you ♥
Saya balas dekat awak yang saya mahu awak kenal siapa diri saya dan saya kenal siapa diri awak . Hampir seminggu kita mengenali diri masing-masing dan akhirnya kita membuat keputusan untuk bersama . Awak pun terima saya seadanya . Saya rasa bahagia sangat masa itu awak . Awak sudah buat saya tersenyum dengan lebar :)
Jun 2011
Saya masih ingat kenangan buruk yang kita hadapi dulu . Saya tahu itu salah saya sampai awak terpaksa buat keputusan sebegitu . Awak , saya terseksa sangat-sangat masa itu . Tapi saya tabahkan diri saya dengan lupakan awak . Saya perlukan masa :/ Masa yang amat lama awak . Susah jugak nak lupakan awak ni . Setiap hari dan malam saya teringat dekat orang yang telah takhluki hati saya . Saya suka berjalan jauh awak , dengan berjalan jauh saya dapat lupakan awak sedikit demi sedikit . Tetapi awak perasan tak ? Setiap kali saya berjalan jauh , saya akan datang balik dekat awak . Kita bagaikan magnet kan awak ? Jauh manapun kita pergi , akhirnya kita akan bersama semula .
Saya tersangatlah suka menulis . Saya suka mereka cerita-cerita cinta . Tetapi kebanyakkan cerita yang saya cipta , semuanya ada kena mengena dengan awak . Pantun-pantun yang saya reka khas untuk awak , lagu-lagu yang saya nyanyikan kat awak . Semua benda yang saya buat ada kena mengena dengan kita sayang :) Awak masih ingat yang saya kata dekat awak macam ni :
You , kita kena kuat hadapi dugaan ni semua . Couple mana yang tidak ada masalah . Semua couple ada gaduh , happy , kecewa dan kenangan masing-masing ♥
Setiap hari kita akan bergaduh dan setiap hari kita akan ada masalah . Ada seorang kawan saya kata dekat saya , lagi banyak masalah yang kita hadapi , lagi bertambah matang lah kita dan lagi bertambah sayang kita dekat orang itu . Saya tidak akan lupa apa yang dia katakan . Kerana apa yang dia katakan ada maknanya pada kita .
August 2011
Hari demi hari , hubungan kita makin rapuh kerana dengan masalah-masalah yang kita hadapi . Sampai satu saat , saya memutuskan hubungan yang kita bina selama ini :'( Semasa itu , hati saya tidak lagi ada pada awak . Hati saya mula abaikan awak . Hati saya mula sayangkan orang lain . Sehinggalah hati saya tertarik dengan seorang perempuan . Masa itu , saya tahu awak kecewa . Hati awak hancur namun awak tidak putus-putus asa untuk text saya atau call saya . Saya telah buat kesilapan yang amat besar dalam hidup saya . Saya telah biarkan perempuan yang telah sayangkan saya , cintakan saya sepenuh hatinya . Tetapi hubungan saya dengan dia tidak lama kerana saya telah pilih orang yang salah . Akhirnya saya memutuskan hubungan dengannya sehinggalah saya memilih perempuan yang lain . Saya tidak tahu kenapa dengan hati saya masa itu . Hati saya sangat lembut untuk menerima perempuan lain . Sedangkan saya tidak sedar yang awak masih menunggu saya . Sampailah tiba satu saat , awak sudah penat dan putus asa dengan saya . Awak dah stop call dan text saya . Saya hampa , saya sedih masa itu kerana saya masih harapkan awak untuk rampas hati saya semula . Malah awak beri saya satu text yang terakhir :
You , you jaga diri baik-baik ye ? I doakan you dengan perempuan itu . I tahu i takboleh bahagiakan you .
Saya menangis masa baca text awak ini . Saya menangis tanpa henti . Awak sudah tiada :/ Awak sudah pergi dari hidup saya . Saya menyesal sehingga saya memutuskan hubungan saya dengan semua perempuan yang sudah musnahkan hubungan kita . Sehingga kini , saya bencikan mereka . Sejak itu , saya mula merampas awak semula . Alhamdulillah saya dapat tahu yang awak masih sayangkan saya dan masih menunggu kehadiran saya semula . Terima kasih awak , saya rasa dunia ini saya yang punya . Saya belajar yang dunia ini bukan seperti yang kita mahu . Dunia ini mahu menguji saya . Allah ingin menguji hubungan kita . Awak telah mengajar saya untuk bersabar dengan aoa yang jadi . Awak mengajar saya erti setia , erti kebahagiaan , erti menghargai orang yang sayangkan kita .
Saya tahu yang saya banyak lukai hati awak yang suci dan murni itu . Di dalam blog saya yang kali ini , saya mahu mengaku salah atas apa yang saya sudah lakukan . Saya mahu awak sedar yang awaklah perempuan yang terpenting dalam hidup saya . Tanpa awak , bintang tidak lagi bersinar seperti biasa . Bulan tidak lagi cerah seperti mana awak yang menceriahi hidup saya .
December 2011
Saya dapat tahu yang selepas saya duduki peperiksaan terbesar saya iaitu SPM , saya akan berpindah ke Kuala Lumpur . Dengan berat hati saya memberitahu awak . Saya tidak sampai hati untuk beritahu awak hal ini . Saya tidak mahu awak sedih :'( Mesti awak akan nangis dengar berita ini . Itulah yang saya tidak mahu . Awak , awak jaga diri awak disini . Ingat saya selalu . Kalau awak rindu saya , just text saya . Saya akan layan awak punya . Selepas ambil kertas terakhir saya , saya akan berpindah pada hari esoknya . Saya harap sangat dapat jumpa awak sebelum saya pergi . Saya pasti akan rindukan awak :/ Tetapi sayang , ibu awak tidak bagi awak keluar kerana dia mahu menjaga awak . Saya faham awak , awak jangan risau ye ? :') Dan saya pergi ke Kuala Lumpur dengan berat hati :'( Tetapi saya janji dengan awak yang saya akan kerja disini dan akan beli kereta Mini Cooper dengan hasil titik peluh saya , saya janji yang awak akan jadi orang pertama yang akan naik kereta saya itu .
Januari 2012
Setelah beberapa hari saya tinggal di Kuala Lumpur , saya pun bekerja di sebuah restoran iaitu McDonald's Aman Puri . Tetapi yang sedihnya ialah saya sibuk dengan bekerja sampai saya abaikan awak . Saya tahu awak sangat terseksa masa itu . Saya sedar akan kesilapan saya , tetapi saya mahu awak tahu yang saya bekerja kuat-kuat hanya sebab saya mahu tepati janji saya dekat awak . Saya mahu sara awak bila awak dah besar nanti :'/ Saya tidak sedar yang sayang awak dekat saya hampir hilang . Setiap hari awak text saya tetapi satu pun saya tidak balas . Saya mohon ampun awak :'/ Sampai awak mengambil keputusan untuk couple dengan kawan saya sendiri . Hanya kerana dia ada masa untuk awak . Dia tidak bekerja macam saya awak , tunggu sahaja dia bekerja nanti . Dia pasti tidak akan ada masa untuk awak . Saya redha dengan keputusan awak . Saya tidak mahu rampas awak kerana saya takut saya akan sakiti hati awak lagi . Satu hari , awak text saya dan kata ,
You , kenapa you tak rampas i balik ? Rampas i balik boleh ? :'(
Hati saya amat gembira masa itu . Saya taburkan macam-macam janji dekat awak . Dan akhirnya awak memilih saya semula . Tetapi kita tidak dapat bersama lama , saya buat balik perangai saya . Saya abaikan awak untuk kali kedua . Saya sedar tetapi saya tidak lakukan apa-apa . Saya bodoh , cuai , penipu dan macam-macam lagi kan awak ? :'/ Sehingga awak membuat keputusan untuk putus dengan saya . Saya faham kenapa awak buat keputusan macam itu . Saya redha dan lepaskan awak .
February & March 2012
Saya menyesal dengan tindakan saya . Saya ingin kita mulakan semula . Saya mahu awak datang balik ke saya . Jadi saya mula layan awak balik . Mula text awak pagi-pagi , setiap malam saya akan call awak . Saya pernah tanya awak , awak ada orang lain ke ? Dan awak jawab tiada . Hati saya gembira tetapi saya tidak sedar yang saya sedang ditipu oleh awak . Saya percayakan awak itu sebab saya tidak mahu cakap apa-apa . Saya dapat rasakan yang awak ada orang lain . Tetapi saya abaikan perasaan itu . Saya tidak mahu percaya . Dalam pertengahan bulan March , saya mengambil keputusan untuk pulang ke Seremban kerana ingin berjumpa dengan awak . Saya rindukan awak dan awak sambut saya dengan gembira .
Awak ingat tak ? Kita jumpa dekat taman Park Avenue time hujan , saya tidak kisah hujan atau tidak . Yang saya tahu , saya ingin jumpa awak . Saya rindukan awak sangat-sangat . Kita jumpa dengan gembira kan awak ? Awak peluk saya sekuat mungkin . Saya gembira dan bahagia sampai saya ditutupi dengan kebohongan awak . Awak menipu saya , awak sudah ada boyfriend . Saya tidak nampak :'( Saya begitu percayakan awak sampai saya dapat tahu yang awak sudah ada orang lain . Saya menangis tak henti-henti awak . Awak dah hancurkan hati saya . Saya tidak marah awak ada orang lain tetapi saya sedih kerana awak menipu saya . Salah ke awak jujur dekat saya ? Hati saya terasa menyesal kerana mempercayai awak dan pulang ke Seremban untuk berjumpa kekasih orang :'(
Pada mulanya awak memilih saya , tetapi malam itu , awak buat keputusan untuk memilih dia . Saya sangat sedih , saya terasa hidup saya ini tiada gunanya . Saya ingin mati . Saya memberitahu ayah saya apa yang jadi dan dia faham . Sejak awak pilih dia , hidup saya menjadi tidak tentu arah . Saya menjadi seolah-olah seperti orang gila . Saya tidak mampu untuk berbuat apa-apa . Saya tidak mahu kawan-kawan untuk memberi semangat dekat saya . Saya cuma mahu awak :'( Alhamdulillah Allah memberi saya seorang kawan yang memang kawan awak iaitu Farah Irdina . Dia memberi saya kata-kata semangat . Saya rasa lega kerana ada orang untuk dengar apa yang saya ingin ceritakan .
Awak , awak ingat tak masa kita jumpa kat Wazer Maju hari itu ? Saya diam , saya sedih . Masa itu , saya mengambil keputusan untuk lepaskan awak dan mula kerja saya di Kuala Lumpur . Tetapi awak berkata dekat saya yang awak pilih saya . Awak mahu saya duduk dengan awak sampai bila-bila . Hati saya amat gembira awak . Saya suka sangat ! Saya rasa hidup saya berguna balik . Saya nampak cahaya di dalam mata saya . Saya masih ingat awak kata dekat saya dan Dina ,
I nak couple dengan you balik boleh ? Nak tak couple dengan i ?
Saya nak awak :'( Saya nak sangat couple dengan awak tapi awak kena selesaikan masalah awak dengan dia . Saya tidak mahu awak milik sesiapa kecuali saya . Memang saya pentingkan diri :'/ Saya rasa happy sikit walaupun dengan sejuk-sejuk kerana hujan masa itu . Saya nangis dengan teruk depan awak kan ? Teruk gila saya nangis kan ? Awak ambil tisu dan awak lap air mata saya . Saya rasa terharu , sweetnya dia :'( Saya menggigil dengan kuat dan awak risau . Awak mahu pinjam baju Dina sebab awak mahu letak kat atas badan saya . Saya tolak sebab saya okay lagi . Saya masih kuat selagi awak beri kata-kata semangat dekat saya .
Tanpa diduga , malam itu awak buat hati saya hancur untuk kali kedua . Saya sedih , saya amat sedih :'( Awak seolah-olah tidak memikirkan hati dan perasaan saya . Saya tahu ini salah saya . Inilah pembalasan saya sebab abaikan awak :'(
Satu hari awak text saya balik , awak cakap yang awak nak bagi saya surat . Semua dah terjawab di dalam surat tersebut . Tiba-tiba awak beritahu dekat saya yang ayah saya call awak . Awak takut . Saya tidak tahu kenapa ayah saya call awak . Dia tanya awak soalan yang macam-macam kan ? Awak takut eh ? Awak jangan takut , ayah saya baik :') Dia faham keadaan saya .
Setelah itu , kita jadi rapat balik . Kita mahu mulakan semula hubungan kita ye ? Saya dah buat keputusan untuk tinggal di sini bersama awak . Saya mahu selalu dekat dengan awak . Saya tidak akan tinggalkan awak lagi dah . Saya janji ! :')
Idzni Syahirah
Awaklah cinta teragung saya , awaklah perempuan yang terhebat yang pernah muncul dalam hidup saya , awaklah yang dapat buat hati saya berdegup dengan laju , awaklah satu-satunya perempuan yang memahami siapa diri saya , macam mana perangai saya , hidup saya bagaimana . Awaklah yang terpenting dalam hidup saya . Saya tidak mengharapkan yang lain . Saya cuma mengharapkan awak berada di sisi saya sepanjang hidup saya .
Sehingga kini , setelah banyak perkara yang berlaku . Setelah pelbagai dugaan yang kita hadapi bersama , kita masih bersama lagi kan ? Saya tidak akan mengulangi kesilapan saya . Saya mahu kita bahagia sehingga akhir hayat kita bersama . Saya akan sayangkan awak sampai akhir nyawa saya ♥
You're not sorry - Taylor Swift
All this time i was wasting hope you would come around
I've been giving out chances everything and all you do is let me down
And it's taking me this long baby but i figured you out
And you think it would be fine again but not this time around
You don't have to call , anymore
I won't pick up the phone , this is the last straw
Don't want to hurt anymore
And you can tell me that you're sorry but i won't believe you baby like i did before
You're not sorry no more , no more , nooo
Lookin' so innocent i might believe you if i didn't know
Could'a loved you all my life , if you hadn;t left me waiting in the cold
And you got your share of secrets , and i'm tired of being last to know
And know you're askin' me to listen , Cuz it's worked each time before
But you don't have to call anymore
This is the last straw
Don't wanna hurt anymore
And you can tell me that you're sorry but i won't believe you baby like i did before
You're not sorry no more , no more , nooo
Note : baca dan hayati apa yang saya ingin sampaikan kepada awak sayang ♥
Saya sayangkan awak sampai bila-bila , saya cintakan awak sampai akhr hayat saya :*
Kalau awak rindukan saya , awak baca semua mesej-mesej saya .
Kalau awak rasa sedih , awak baca balik semua surat-surat saya .
Kalau awak sayangkan saya , awak ingat balik kenangan kita :')
Kalau awak perlukan saya , awak dengar lagu-lagu kita .
Kalau awak cintakan saya , awak ingat dekat saya selalu ye awak ?
Saya terlampau sayangkan awak Idzni Syahirah binti Mohd Zaidi .
AS + IS = LOVE ♥
